.

Ma Org2 Kampung...

Akma Arifin In Da Blog...

Friday, April 1, 2011

Cinta Lolipop...



Kisah bermula disebuah kedai runcit...
Seorang kanak-kanak perempuan mencari makanan kegemarannya iaitu Lolipop. Senyuman terukir apabila die melihat Lolipop yang tinggal hanya 1 sahaja. Belum sempat kanak-kanak itu mengambil Lolipop tersebut, seorang kanak-kanak lelaki terlebih dahulu mengambil Lolipop tersebut.

Kanak-kanak perempuan tersebut kelihatan sedih. Apabila kanak-kanak lelaki tersebut memandang muka kanak-kanak perempuan tersebut, dia juga kelihatan sedih. Sambil tersenyum kanak-kanak lelaki menghulurkan Lolipop tersebut kepada kanak-kanak perempuan tersebut. 

Kanak-kanak perempuan mengambil dan berlari kearah ibunya sambil berkata, "saya akan ganti balik Lolipop awak ni". Peristiwa yang berlaku hampir 20 tahun terbayang-bayang di ingatan amer (bukan nama sebenar), peristiwa itulah yang menyebabkan dia tidak lagi makan gula-gula Lolipop sehingga hari ini. Bukan kerana fobia tapi dia menanti gula-gula tersebut dari kanak-kanak perempuan itu.

Satu hari amer telah pergi kesebuah kedai Lolipop yang baru dibuka dikawasan perumahannya. Mira The Lolipop, itulah nama kedai yang amer kunjungi. Semasa amer sedang melihat-lihat Lolipop dikedai tersebut, 1 daripada Lolipop tersebut terjatuh, amer mencapai Lolipop tersebut dan tanpa amer sedari sepasang mata sedang memerhatikan tangan amer.

Selepas melihat-lihat Lolipop, amer mengambil keputusan untuk pulang, tapi, belum sempat amer melangkah keluar dari kedai tersebut, ada 1 suara memanggil amer. Awak!, ni untuk awak. Amer memandang wanita berkenaan dengan pandangan pelik, sambil berkata dalam hati "macam pernah tengok senyuman ni, tapi siapa ya???". 

Amer : Cik ni siapa ya?
Mira  : Saya mira.
Amer : Kenapa nak bagi saya Lolipo ni?
Mira  : Hutang budi dibalas budi, hutang Lolipop dibayar Lolipop.
Amer : Awak?
Mira  : Ya, saya. Saya dah lama cari awak. Saya nak ganti balik Lolipop yang awak bagi pada saya  
            20tahun lepas.
Amer : Penatian saya juga dah berakhir awak.

Kedua-dua mereka tersenyum sambil memandang Lolipop. Kerana Lolipop penantian 20 tahun berakhir, kerana Lolipop, dua hati menjadi 1.

Sekian...


p/s: berbelog sambil makan Lolipop...
Korang layan je la ape yang aku rapukan nie k...
(^_^)

Penipu, Menipu Dan Ditipu...

Penipu...
Orang yang bercakap tidak benar atau berdusta dalam kata-katanya...

Menipu...
Kata-kata yang tidak betul atau tidak benar yang keluar dari mulut seseorang...

Ditipu...
Seseorang yang menerima kata-kata yang tidak benar...

Hari nie baru aku tau tentang penipuan seseorang...
Aku paling benci penipu...
Sedih sangat rasenye...
Kenapa mesti menipu aku...
Apelah salah aku...

Mungkin kerana cinta dunia...
Seorang yang aku anggap kawan boleh menipu aku...
Betul2 aku x sangka...
Seorang kawan mampu menipu kerana cinta dunia...

Ya Allah...
Tabahkan hati aku untuk terima ujian dan dugaan dariMU...
Amiinn...


p/s:-haruskah aku membenci seorang yang aku anggap kawan???
x boleh nak cakap ape2 dah dengan die sekarang nie...
mood:- hampir kepada touching...